PENGENALAN BUAH DELIMA

BUAH DELIMA

Buah DELIMA atau POMOGRANATE.Menurut istilah sains,diberi nama Punica Granatum.Buah DELIMA termasuk kelompok PUNICACEAE yang tempat asalnya di Negara Iran.Ia ditanam sejak zaman silam,kemudian buah DELIMA tersebar di pelbagai Negara dunia,khususnya di Negara-negara Lautan Tengah dan di Asia Tenggara.Buah DELIMA mempunyai dua kelompok utama:Buah DELIMA ada yang boleh dimakan dan ada yang dijadikan sebagai tanaman hias.

Buah DELIMA dikenali sangat menarik sama ada bentuk,warna kulit mahupun bijinya yang melambangkan kesuburan.Sedangkan intipati buahnya yang berwarna merah dan lazat bagaikan mata air salsabil di syurga.Sesetengah orang menganggapnya lambing kelahiran,kehidupan dan kematian.Kerana biji-biji buah DELIMA mengandungi air dan dapat mengeluarkan banyak air.

Dalam sejumlah peninggalan kuno,banyak disebutkan keutmaan buah DELIMA.Doktor Ahmad Nabil Abu Khatwa,seorang pensyarah biokimia di Universiti King Abdul Aziz pernah menyebutkan masalah itu.

Bahkan bangsa Mesir kuno selalu menyertakan buah DELIMA dalam peti mayat.agar yang mati dapat hidup kembali,meskipun pendapat mereka salah.

Sejak 8000 tahun yang lalu,buah DELIMA sudah diyakini dapat mengubati sejumalah penyakit

Meskipun tanah asalnya adalah Iran,tetapi hampir seluruh dunia,melalui Spanyol hingga California,sudah mengenal buah DELIMA,meskipun bangsa Eropah menganggapnya sebagai buah yang baru ditemukan.

Di Iran ada tradisi yang unik tentang buah DELIMA.Setiap keluarga mempunyai sebuah wadah besar untuk menyimpan sari buah DELIMA.Wadah besar itu disebut fasinjan yang dipakai untuk menempatkan makananan istimewa yang terbuat daripada perahan kelapa yang digoreng sampai memerah,bawang goring,ketulan daging itik atau ayam yang telah dimasak dengan peras buah DELIMA

Kitab al-Mausu’ah al-Arabiyah al-Muyassarah menyebutkan bahawa “Buah DELIMA yang nama ilmiahnya Punica Granatum termasuk tumbuh-tumbuhan yang berasal dari Iran dan wilayah sekelilingnya.Sejak dulu kala,buah ini sudah dikenal manusia.Pokoknya kecil ,usianya panjang,daun-daunya sering jatuh dan berwarna mengilap,bunga-bunganya besar,warna buahnya ada yang merah atau merah kekuningan.Kulitnya lembut dan mengilap.Warnanya kuning kehijauhan atau putih kemerahan atau berwarna merah tua.Didalamnya terdapat biji-biji yang berwarna putih atau merah,berair dan mengilap.Diantara biji-bijinya ada yang keras dan ada pula yang lunak.Sari buah DELIMA sangat lazat.Pokok DELIMA ada yang sebagai tanaman hias kerana keindahan bunga dan buahnya.

Di antara buah DELIMA ada yang dikenal dengan nama buah DELIMA al-Hijazi,al-Manfaluti,al-Tha’ifi,al-Malisi atau al-Amlisi

Bahan ‘afas yang terdapat dalam kulit buah DELIMA dapat digunakan untuk menyamak kulit binatang dan dapat digunakan sebagai ubat dan penambah warna bagi kain sutera.’’

Ustaz Ahmad Qudamah menyebutkan dalam karya tulisanya Qamus al-Ghidza’ai wa al-Tadawi bi al-Nabati bahawa pokok DELIMA adalah pokok yang berbuah dari kelompok pepohonan Asia.Ia seperti pokok asam,jambu ,cengkeh dan pokok lainya.Bentuk buahnya bulat,kulitnya keras,di dalamnya terdapat biji-bijian yang banyak.Bunganya berwarna merah dan sedap di pandang

Dalam bahasa Arab ,buah ini disebut Julannar yang merupakan kata yang diambil dari bahasa Parsi Kulnar yang ertinya mawar delima.Buahnya ada rasa yang manis dan ada yang masam.Buah DELIMA sudah dikenal sejak lama.Buku-buku kuno dan catitan yang terdapat pada dinding kuil-kuil kuno banyak menyebutkan keutmaan buah delima dan gambar-gambarnya.’

Pendapat lain menegaskan bahawa buah DELIMA berasal dari Kartago atau dari Asia Tenggara.Sejak lama buah ini sudah ditanam di Parsi,kebun-kebun di Babilon dan wilayah Timur Tengah yang udaranya kering.Dari sana,pokok ini beralih ke Eropah dan di persekitaran Lautan Tengah.

Dalam catatan Daud Antaqius disebutkan bahawa buah DELIMA dari kelompok Rummaniyah merupakan pokok yang terkenal,daun-daunya sering jatuh,pokoknya keras seperti pokok berwarna keabu-abuan.Daun-daunya sederhana,mengilap dan bentuknya bagus.Bunga-bungnya tunggal dan berwarna merah.Buahnya bulat,warna kulitnya mengilap.Biji-bijinya berair dan dapat diperas.Buah DELIMA yang bagus adalah yang berwarna merah seperti mawar’’

Ustaz Muhammad Rajab as-Samirai berkata:’Buah DELIMA termasuk tumbuhan kuno yang terkenal.Kan’an menyebutnya Shaidun.Sejak terjadinya peperangan Kartajana,buah DELIMA di bawa ke Itali,dan dari sana buah ini menyebar luas ke seluruh Eropah selatan.’

Para pakar pertanian menerangkan bahawa buah DELIMA adalah buah-buahan kuno.Tanah asalnya Parsi dan Iraq bahagian utara.Dari wilayah-wilayah itu,buah DELIMA menyebar ke India,kemuadian disebarkan oleh bangsa Arab ke Sepanyol.Selain itu buah DELIMA juga menyebar ke wilayah pesisir Lautan Tengah,seperti Yunani dan Itali.Bangsa Eropah menyebutkan buah DELIMA didalam cerita-cerita rakyat.

Bangsa Mesir mengenal pokok DELIMA sejak 1526SM.Di kuburan bangsa Mesir kuno banyak terdapat ukiran yang berbentuk buah DELIMA.Mereka menyebutnya Arhamani.

Bangsa Yahudi menjadikan buah DELIMA sebagai saranan ibadah.Bangsa Rom,bangsa Yunani dan keluarga Fira’aun sudah mengenal buah DELIMA sejak dulu lagi.

Pada dinding kuil-kuil mereka terdapat gambar buah DELIMA.Asal mula pokok DELIMA dari Parsi atau Asia Barat,antara Parsi dan India.Kemudian pokok DELIMA tersebar di persekitaran kawasan Syria,Jordan ,Palestin dan Lubnan.Dari sana pokok DELIMA berkembang ke Afrika utara,Mesir dan Negara-negara di sekitar Lautan Tengah.

Ustaz Hasan Marzuq menyebutkan dalam salah satu ceramahnya.”Sejak keluarga Fir’aun ke 18 di Mesir berkuasa,buah DELIMA telah dikenal oleh mereka.Nama buah ini diambil dari bahasa Mesir kuno.Bangsa Iberia juga demikian .Mereka suka menghias warna-warni kuil-kuil mereka dengan perasan kulit buah DELIMA.Bangsa Tunisia dan bangsa Phinic juga demikian.Para pendeta agama Kartago biasa memakai pakaian berwarna merah yang diberi gambar pokok DELIMA.Demikian juga bangsa Rom.Mereka yang memindahkan pokok DELIMA ke Mesir,Itali, dan Eropah selatan.Di antara koin-koin kuno sering dijumpai gambar buah DELIMA.

KELEBIHAN JUS DELIMA POMEPURE

KELEBIHAN JUS POMEPURE

Jus Pomepure adalah sumber yang kaya dengan kandungan ‘phytochemical’ untuk kebaikan jantung dan salur darah yang sempurna. Ia bukan sahaja merendahkan tahap kolestrol, tetapi juga merendahkan tekanan darah dan mengurangkan tahap sesak nafas (altherosclerosis). Jus Pomepure juga bagus untuk mengelakkan kanser payudara, kanser kelenjar pundi kencing, kanser usus, leukimia, dan juga untuk mengelak perubahan jantung yang ditumbuhi tumor.

DELIMA MEMBANTU MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Kebenarannya adalah tahap kolestrol yang buruk boleh membawa risiko yang buruk pada kesihatan. Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik disamping menurunkan kolestrol yang buruk. Kebaikan ini sahaja dapat memberi keajaiban pada kesihatan pengguna.


DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila kamu perlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, kamu perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.

DELIMA MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

DELIMA MEMBERI DAN MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin)
DELIMA MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.
DELIMA MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru yang utama mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries).
“Dalam kebanyakan jus, gula hadir secara bebas-dan berbahaya-bentuk,”
Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, dimana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”


DELIMA MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.


DELIMA MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
Ia hanya boleh dicapai dengan meminum jus delima atau mengambil supplement delima. Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima dimana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.
DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Ini adalah kajian terbaru yang diperolehi dari kebaikan jus delima. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.

DELIMA MEMBANTU MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Ini akan membawa kepada risiko jika manusia tidak mengendahkan kesihatan diri. Jus delima mempunyai kandungan ‘phytochemical’ yang mendorong penerima serotonin dan estrogen, membaiki simptom tekanan dan tulang. Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.


DELIMA MENGUATKAN KESIHATAN GIGI

Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.

DELIMA MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)

Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.

 

 

DELIMA MELINDUNGI OTAK BAYI
Dalam kajian Pediatrik mendapati bahawa meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ dimana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.

DELIMA MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tingi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

 

DELIMA MELAWAN PENYAKIT GOUT

DELIMA MENGELAK PENYAKIT AWAL PAGI
(ALAHAN IBU MENGANDUNG)

DELIMA MENCANTIK DAN MERAWAT KULIT KEPELBAGAIAN VITAMIN

Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bertindakbalas bersama sodium, ‘potassium’ mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung), mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

RAHSIA BUAH DELIMA


Tahukah Anda,
RAJA BUAH yang sebenarnya adalah DELIMA bukannya DURIAN.
Bersama kita membongkar kebaikan dan kemujaraban buah Delima.
Sesungguhnya buah Delima mempunyai tahap antioksidan yang tertinggi
daripada buah-buah yang lain dan ianya terdapat didalam SYURGA.


“Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon Kurma dan Delima”.
(Surah Ar Rahman : Ayat 68)
Buah Delima atau dari segi saintifiknya Punica Granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan, ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan. Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan Darah Merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit Anemia. Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Buah Delima mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buahan yang lain.
Delima, sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Quran, mengandung potassium yang besar jumlahnya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C.
Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga denyutan jantung agar tetap normal..(bagi ibu dan perkembangan fetusnya).
Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur( kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung), mencegah Edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah ( ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy).
Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah,dan juga menguatkan jantung.
Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Punica granatum dalam istilah botani juga terdapat di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa a.s lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon.
Buah Delima menjadi simbol KESUBURAN bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol KEBANGKITAN semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang BERKAT selain daripada buah limau dan pic.
Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.
Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam SYURGA yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam Surah Al An’am ayat 99 dan ayat 141.
Imam Al Ghazali mengajak manusia agar merenung sejenak tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama.
Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.
Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien sepertiriboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai UBAT PENAWAR. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk.

Sepertimana sabda daripada Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu’aim yang bermaksud:
“Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman”.
Jus Buah Delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis.
Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.
Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia.
Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah SWT.
Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah SWT cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut

PENDAPATAN LIMA ANGKA SEBULAN

PENDAPATAN LIMA ANGKA SEBULAN

JANGAN BERTANGGUH LAGI

PRODUK KESIHATAN 100% TULIN PERTAMA DI PASARAN
PELAN PEMASARAN “QUADRO SUPER HYBRID”
PENDAPATAN 5 ANGKA SEBULAN
STOKIS SELURUH MALAYSIA
SERTAI KAMI SEKARANG

PRODUK POMEPURE

PRODUK POMEPURE

Pomepure is available as a chilled juice.
ISO 22000:2005ISO 9001:2000.
KOSHER / HALAL and SGF/IRMA certified, in Turkey and shipped worldwide.

Produced under quality control
Product also available in PET Bottles 750ml and 330ml & GLASS Bottles 750ml and 200ml

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.