LATAR BELAKANG SYARIKAT

GEMILANG INTERNATIONAL HOLDINGS (M) SDN. BHD. (GIHSB) merupakan anak syarikat kepada MZ GROUP . MZ Group adalah sebuah kumpulan perniagaan yang sedang pesat membangun dan mengembangkan perniagaan di Rantau Asia.
MZ Group memfokuskan perniagaan kepada sektor yang mencabar dan mempunyai keupayaan untuk terus bersaing berdasarkan pengalaman dan pengetahuan dalam sektor yang dibangunkan.

alatan
Sektor perniagaan MZ Group terbahagi kepada 3 teras perniagaan iaitu;
Pembekalan Perkakasan Hospital dan Perubatan
Perundingan dan Pembekal Mesin Industri Makanan & Minuman
Perniagaan Jualan Langsung dan Franchise
MZ Group telah mendapat kepercayaan dan dilantik oleh pengeluar/pengilang terkemuka seluruh dunia untuk menjadi wakil pengedar tunggal bagi Rantau AsiaTenggara untuk produk kegunaan sektor Hospital dan Perubatan. Antara Pengeluar yang telah melantik MZ Group sebagai Wakil Tunggal Rantau Asia Tenggara adalah;
  1. Your Ceba (USA) – Surgical Instrument Cleaner
  2. American Air and Water, Inc. (USA) – UV Air Disinfectants & Sporicidin Disinfectants
  3. Munktell & Filtrak GMBH (Germany) – Sterilization Wrapping Paper & Medical Filtering Products
  4. Evonik Stockhausen GMBH (Germany) – Skin and Hand Disinfectants Gel/Wash
  5. Trilux GMBH & Co. KG (Germany) – OT Light Systems
  6. Ceatec Medizintechnik (Germany) – Surgical Instruments, Spinal Implants & Neuro Surgery
  7. RDMD (Germany) – Implant, OT Table, Hospital Furniture
  8. Intra Special Catheters GmbH (Germany) – Special Catheters Products
  9. Favodent karl Huber Gmbh (Germany) – Instruments & Surface Disinfectants Solutions
Bagi industri Perundingan dan Pembekalan Mesin Industri Makanan/Minuman, MZ Group menyasarkan matlamat untuk menjadi Peneraju yang berkebolehan dalam perundingan persijilan Halal, GMP dan HACCP serta membekalkan mesin berteknologi tinggi untuk kepesatan industri makanan dan minuman di negara ini. Permintaan produk halal dan menepati piawaian antarabangsa untuk industri makan dan minuman mewujudkan permintaan yang tinggi terhadap mesin pemprosesan yang berteknologi tinggi dan canggih.
Untuk maklumat lanjut berkaitan industri “Medical Equipment & Food Machinery sila layari; http://www.mzgroup.com.my 

UCAPAN PENGERUSI MZ GROUP
Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera…
Selamat Datang ke Dunia Gemilang International Holdings (M) Sdn. Bhd.
Cita-cita dan impian meruntun kehidupan namun dengan semangat dan kesungguhan impian menggunung pasti dalam genggaman kita semua. Dalam perjalanan mencapai matlamat yang tersemat di jiwa, onak dan duri bagaikan satu ikatan untuk menggagalkan kita bagi meneruskan langkah seterusnya…
Namun bagi hamba Allah yang berfikiran terbuka dan positif setiap kegagalan yang dilalui menusuk satu hikmat yang tersembunyi oleh Allah S.W.T untuk hambanya yang beriman. Bertolak dari titik kegagalan bersamalah kita menerokai kejayaan yang terhidang di depan mata.
Kejayaan bukan boleh di beli dengan wang ringgit tetapi usaha dan pengorbanan disulami dengan doa kepadaNya akan membawa kita semua ke arah kejayaan.
Arus permodenan dunia sedang menyaksikan banyak kuasa besar menghadapi zaman kemelesetan dan kerugian. Nama-nama besar yang menjadi ikon perniagaan di dunia merasai bahang krisis ekonomi dunia yang melanda dalam era permodenan kini. Namun didalam industri “Network Marketing” menunjukkan peningkatan jualan sehingga melebihi USD500 Billion setahun dan ianya terus berkembang pesat dengan peningkatan pemain baru dalam industri mewah ini dari hari ke hari tanpa kita sedari…
Pakar Ekonomi mengatakan bidang perniagaan yang akan berkembang pesat sejajar dengan dunia moden adalah Industri Kesihatandan Network Marketing. Dimana kedua-dua bidang ini akan melahirkan jutawan teramai dan pantas berbanding dengan industri lain. Kami di Gemilang Pomepure mengambil pendekatan berani mewujudkan peluang perniagaan merangkumi kedua-dua industri hebat diatas untuk dipersembahkan kepada sesiapa sahaja yang ingin menikmati kejayaan yang hakiki di dunia dan akhirat.
Sesungguhnya sudah tersedia satu lebuhraya kejayaan untuk kita memacu kenderaan ke arah kejayaan tanpa menanggung risiko yang besar dalam usaha mengubah kehidupan yang lebih harmoni. Melalui perniagaan “Network Marketing” modal perniagaan yang diperlukan sangat kecil berbanding dengan perniagaan konvensional yang memerlukan pelaburan yang sangat tinggi dan berisiko. Akan tetapi usaha, minat dan pengorbanan harus seiring dalam perjuangan kita membangunkan perniagaan ini.
Marilah berjuang bersama Gemilang Pomepure. Ayuh gerakkanlah langkah pertama anda untuk memastikan langkah-langkah kejayaan menjadi milik anda suatu hari kelak.
Semoga Allah SWT. Memberkati usaha anda.
Mohd Zuri Ismail
Pengerusi/Ketua Pegawai Eksekutif
MZGROUP

WWW.POMEPUREASIA.COM